Matawang Yuan kukuh

Matawang Yuan kukuh

SHANGHAI, 11 Jan (Reuters) – Matawang China, Yuan lebih kukuh buat sesi kedua berturut-turut hari ini, dalam langkah yang mungkin menenangkan kebimbangan tentang bagaimana bersedianya Beijing untuk menyusut nilai matawang, tetapi menambah kecurigaan tentang niat utama dasar.

Salah langkah pihak berkuasa China yang dapat dilihat, telah mengundang kebimbangan dalam pasaran sejagat bahawa Beijing mungkin kurang genggaman ke atas dasar ekonomi, meskipun negara itu dijangka mencatatkan pertumbuhan paling perlahan dalam tempoh 25 tahun.

Susut nilai sebanyak 1.5 peratus dalam nilai yuan sejak awal tahun 2016, ekoran nilai melemah 4.7 peratus dalam tahun 2015 telah mencetuskan kecemasan dikalangan sebilangan saingan dagangan bahawa China berisiko ‘perang matawang’ penurunan nilai kompetitif.

Prestasi kukuh yuan boleh membantu mengurangkan kebimbangan itu, tetapi ia gagal menghalang para pelabur dari menjual saham-saham China.

Indeks Komposit Shanghai dan Indeks CSI300 turun lebih 3 peratus tengah hari ini selepas menjunam 10 peratus minggu lalu yang mencetuskan penjualan sejagat aset yang lebih berisiko.

People’s Bank of China(PBOC) telah menetapkan yuan pada 6.5626 sedolar, lebih kukuh dari penetapan Jumaat lalu dan sebahagian besarnya lebih kukuh dari penutupan tidak rasmi yuan pada 6.5938.

Para penganalisis menjangkakan kira-kira 6.5860 bagi penetapan pertengahan, tahap yang yuan dibenarkan untuk tidak tersasar lebih 2 peratus.

PBOC juga menetapkan panduan kadar harian lebih mantap bagi yuan pada Jumaat lalu, ekoran lapan penetapan berturut-turut, yang berkemuncak dalam kejatuhan sehari terbesar dalam tempoh lima bulan pada Khamis lalu.

“Isyarat berbeza tentang dasar FX telah memerangkap peserta-peserta pasaran dan kami bimbang dalam mempercayai bahawa ketenangan segera akan kelak muncul,” Paul Mackel, ketua pasaran memuncul bagi FX Research di HSBC menulis dalam pernyataan.

“Dalam konteks ini kami menjangka turun naik yuan masih tinggi, sementara tekanan penyusutan nilai mungkin masih kuat. Yuan mengukuh pada sebelah pagi pada 6.5835, sementara yuan luar pesisir juga kukuh kepada 6.6740, mengurangkan sebaran antara dua kepada hanya kurang 1.4 peratus.

Sebaran yang menjangkaui lebih 2 peratus minggu lalu, menyukarkan usaha gigih Beijing untuk menghalang aliran modal keluar dari ekonomi lembap China.

ARTIKEL YANG SAMA