Matfield sedia ‘dikerah’ Springboks

Matfield sedia ‘dikerah’ Springboks

LONDON, 12 Okt – Afrika Selatan bersedia dengan penuh kekuatan bagi suku akhir Ragbi Piala Dunia menentang Wales di Twickenham pada Sabtu, dengan pemain pertahanan, Victor Matfield dan pemain sayap JP Petersen menjalani pemulihan dengan baik akibat kecederaan.

Doktor pasukan Springboks, Craig Roberts semalam berkata bahawa dia mengharapkan kedua-dua pemain pemenang Piala Dunia 2007 itu cergas bagi perlawanan itu, tetapi yang penting mereka perlu meningkatkan latihan mereka.

Aksi kembali Matfield akan mencipta kesukaran bagi jurulatih Heyneke Meyer, dengan Eben Etzebeth dan Lodewyk de Jager cemerlang dalam ketiadaan pemain berusia 38 tahun itu.

“Mereka beraksi dengan baik sepanjang tahun, Heyneke bernasib baik untuk memiliki mereka, dan Pieter-Steph du Toit juga baik,” Matfield memberitahu wartawan semalam.

“Ia adalah bagi jurulatih untuk menentukannya. Saya sudah berkata sebelumnya bahawa ia tidak kira apakan peranannya, selama mana saya dapat menyumbang kepada pasukan dan membantu kami memenangi Piala Dunia. Walaupun jika ia adalah dari bangku simpanan….ia tidak kisah, pasukan diutamakan.”

Victor Matfield. – Reuters
Victor Matfield. – Reuters

Matfield juga berkata bahawa Afrika Selatan perlu sedar dengan ancaman yang dilakukan oleh Wales, yang menewaskan barisan kedua Springboks 12-6 apabila pasukan itu kali terakhir berentap di Cardiff pada akhir 2014.

“Wales adalah pasukan yang bagus. Kami mendengar bagi enam tahun lalu bahawa yakin untuk menewaskan kami, jadi mereka yakin apabila menentang kami,” katanya.

“Mereka mempunyai kemenangan yang bagus terhadap kami tahun lepas dan ia sekarang suku akhir – mana-mana pasukan boleh menewaskan pasukan lain.”

Bagaimanapun, Matfield percaya tekanan tambahan dari fasa kalah mati yang berkesan kepada kelebihan Afrika Selatan, dengan memberikan mereka begitu efektif beraksi dalam persaingan ragbi kalah mati sejak kekalahan mengejut kepada Jepun dalam perlawanan pembukaan kumpulan.

“Apa yang menarik dalam suku akhir adalah semua orang berada di bawah tekanan yang sama,” katanya. “Kami sudah berada di sana sejak dua atau tiga minggu sekarang, menangani tekanan.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA