Mati akibat ‘berselfie’ dengan senapang

Mati akibat ‘berselfie’ dengan senapang

NEW DELHI, 1 Mei (AFP) – Seorang remaja India secara tidak sengaja menembak kepalanya sendiri dengan senapang ayahnya ketika cuba ‘berselfie’, menurut polis hari ini, terbaru dalam siri-siri kemalangan seumpama itu.

Remaja berusia 15 tahun itu sedang dirawat di hospital Pathankot di negeri Punjab dan dijangka selamat, menurut timbalan superintenden polis bandar itu, Manoj Kumar.

Kemalangan berlaku petang Jumaat lalu apabila remaja itu sedang bermain di rumah dengan senapang berlesen yang lazimnya disimpan dalam almari, Kumar memberitahu AFP. “Ayah dan keluarga remaja itu berkata dia cuba berselfie dengan senapang si ayah,” menurut Kumar.

ARTIKEL YANG SAMA