Mati duduk beberapa jam di McDonald’s

Mati duduk beberapa jam di McDonald’s

HONG KONG, 5 Okt (AFP) – Seorang wanita gelandangan yang mati dalam keadaan duduk di sebuah restoran McDonald’s Hong Kong selama beberapa jam dengan dikelilingi beberapa pelanggan yang sedang menjamu selera, gagal untuk menyedari kematiannya, mencetuskan kebimbangan berhubung ‘McRefugees’ di bandar berkenaan.

Wanita itu yang menurut polis berusia dalam lingkungan 50 hingga 60 tahun, ditemui mati pada pagi Sabtu dan dijadikan sebagai satu contoh bagi bilangan meningkat orang tidak berumah yang mencari perlindungan di dalam restoran 24 jam. “Para pegawai tiba sejurus menerima laporan daripada seorang pelanggan perempuan (yang mendapati orang itu telah pengsan),” menurut polis dalam satu kenyataan. “Subjek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.”

Media tempatan mengatakan wanita itu menghabiskan sepanjang hari di meja tersebut, 24 jam selepas dia pertama kali masuk ke restoran itu di kelas bekerja daerah Ping Shek.

ARTIKEL YANG SAMA