Mati tertelan mainan Kinder Surprise

Mati tertelan mainan Kinder Surprise

TOULOUSE, AS, 21 Jan – Seorang budak perempuan Perancis berusia tiga tahun meninggal dunia selepas tercekik mainan tersembunyi di dalam coklat telur Surprise Kinder, ujar pendakwa.

Ibu budak itu memberitahu polis beliau berada bersama anaknya apabila anaknya tertelan roda plastik kecil yang terputus dari mainan tersembunyi di dalam telur itu, produk popular yang dibuat oleh syarikat Itali, Ferrero.

“Datuk kanak-kanak itu tiba dengan cepat dan berjaya mengeluarkan objek itu”, tetapi kanak-kanak itu jatuh koma dan meninggal dunia pada Sabtu malam di sebuah hospital di bandar barat daya Toulouse, kata satu kenyataan daripada pendakwa Cecile Deprade.

Bedah siasat mengesahkan “kematian berikut kelemasan mekanikal”.

Tanda amaran pada telur Surprise Kinder menyatakan ia bukan bagi kanak-kanak berusia tiga tahun dan ke bawah.

Menurut laman web Kinder, lebih 30 bilion telur itu telah dijual di seluruh dunia, dengan lebih 8,000 kejutan berbeza tersembunyi di dalamnya.

Produk itu, yang dibangunkan pada 1974, tidak pernah dipasarkan di Amerika Syarikat kerana undang-undang ketat berkaitan gula-gula dengan mainan tersembunyi di dalamnya. – AFP