Matildas perlu matang

Matildas perlu matang

VANCOUVER, 29 Jun (AFP) – Jurulatih Alen Stajcic mengakui pasukan muda Matildas perlu matang jika mereka mahu mencabar gelaran besar selepas tersingkir daripada kejohanan Piala Dunia Wanita selepas tewas 1-0 kepada Jepun.

Jaringan lewat pemain gantian Mana Iwabuchi meletakkan juara bertahan berjaya mara untuk menempah pertemuan Rabu depan dengan England yang menewaskan tuan rumah Kanada 2-1 di Vancouver.

“Tidak banyak yang boleh anda katakan selepas berakhir seperti itu. Terlalu awal tersingkir. Apa yang anda boleh lakukan adalah menenangkan mereka, kebanyakan mereka adalah pemain muda dan ini merupakan satu pengalaman yang menyayat hati kami semua,” kata Stajcic kecewa.

Bekas jurulatih Sydney FC W-League melangkah masuk selepas pendahulunya Hesterine de Reus dipecat pada April 2014 berikutan pemberontakan pemain.

Pemain berusia 41 tahun itu membimbing Australia ke final Piala Asia hanya sebulan kemudian, di mana mereka tewas 1-0 kepada Jepun. Tetapi beliau mengakui jurang antara pasukan ranking ke-10 dan Jepun (4) di atas padang di Stadium Komanwel begitu besar.

The Matildas perlu lebih matang jika mahu mencabar kejohanan yang lebih besar pada masa akan datang. – Reuters
The Matildas perlu lebih matang jika mahu mencabar kejohanan yang lebih besar pada masa akan datang. – Reuters

“Mereka (Jepun) lebih padu sepanjang 90 minit. Dalam tempoh 20 minit yang pertama mereka secara teknikal lebih baik daripada kami. Kami banyak tewas mengejar bola di sekeliling. Anda sentiasa perlu untuk bertahan menentang Jepun tetapi apabila kami memenangi bola, kami hanya terlepas selepas itu.”

The Matildas telah menjadi pasukan Australia yang pertama – lelaki atau wanita – memenangi permainan kalah mati pada Piala Dunia selepas mereka disingkirkan oleh bekas finalis Brazil 1-0 dalam pusingan 16 terakhir.

Mereka muncul kedua daripada Kumpulan D yang sukar selepas tewas 3-1 aksi pembukaan kepada AS dengan kemenangan 2-0 ke atas Nigeria dan seri 1-1 dengan Sweden. Tetapi dia percaya mereka berada di landasan yang betul.

“Ia satu proses panjang yang tidak berlaku dalam sekelip mata,” katanya. “Kami bersama sepenuh masa hanya lima bulan tetapi pemain Jepun telah bersama sepenuhnya selama lima, enam hingga 10 tahun.

“Barisan permulaan mereka mungkin secara purata berusia antara 28 hingga 29 tahun dan kami hanya 22 hingga 23 tahun. Jelas ada banyak ruang untuk perkembangan. Kami akan sampai pada tahap itu cuma anda hanya perlu matang dan berkembang.

“Australia perlu menjadi lebih baik secara teknikal. Anak-anak kita perlu melakukan pembangunan dengan cara yang lebih teknikal dan kita sudah meletakkan roda dalam gerakan tetapi ia akan mengambil masa lima hingga 10 tahun dan bukan dalam masa sekelip mata.

“Tidak ada sebab Jepun begitu teknikal selain daripada kerja keras dan amalan. Menjelang Sukan Olimpik dan Piala Dunia yang akan datang, kami akan menjadi lebih kuat.”

Beliau menambah: “Kami jelas kecewa dengan keputusan itu tetapi apabila anda melihat kepada skim yang besar kita kalah 1-0 pada minit ke-88 selepas tendangan sudut yang tidak sempurna. Bukan bermakna kami menjadi begitu hina.”