MATRADE adakan makan malam penutup EAM

MATRADE adakan makan malam penutup EAM

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) malam tadi telah mengadakan Majlis Makan Malam Perangkaian (Networking Dinner) sebagai penutup tirai bagi Majlis Export Acceleration Mission (EAM) on Oil & Gas Sector to Brunei yang berlangsung di Dewan Ceaser, Hotel Orchid Garden hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman. Menurut Pengarah MATRADE Sabah, A. Rashid Mohd Zain, dalam ucapannya menyatakan bahawa majlis ini merupakan kerjasama dengan Jabatan Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (EIDPMO) dan Darussalam Enterprise (DARe).

Majlis yang berlangsung selama dua hari bermula pada 15 November lalu itu telah disertai oleh delegasi-delegasi daripada 16 buah syarikat minyak dan gas di Malaysia.

Antara syarikat-syarikat yang terlibat ialah Syarikat My Synergy Factors (M) Sdn Bhd, MECIP Global Engineers Sdn Bhd, Integrated Process Solutions Sdn Bhd, IME Cable Support Systems Sdn Bhd, Eureka Efektif Sdn Bhd dan banyak lagi.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam semasa hadir di majlis itu.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam semasa hadir di majlis itu.

Mereka juga telah mengadakan beberapa perjumpaan dan perbincangan serta pertukaran idea dan pandangan bersama dengan syarikat-syarikat minyak dan gas di negara ini.

Dalam pada itu, A. Rashid percaya bahawa pihak-pihak yang berkepentingan haruslah bersedia dalam menghadapi cabaran di masa akan datang dalam sama-sama menaiktarafkan industri minyak dan gas di kedua-dua negara ini.

Dengan landskap ekonomi global pada masa ini, kedua-dua sektor awam dan swasta akan terus menghadapi cabaran yang mendorong mereka untuk membangunkan strategi-strategi baru untuk bergerak maju ke hadapan.

ARTIKEL YANG SAMA