Matrade sasar jualan RM200 juta

Matrade sasar jualan RM200 juta

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Perbadanan Perbangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan urus niaga lebih daripada RM300 juta oleh 70 firma-firma penerbangan tempatan pada Konvensyen Perniagaan Aeroangkasa Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIABC) 2016 pada 7 hingga 9 Sept ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Dzulkifli Mahmud berkata pada tahun lepas, sebanyak 37 syarikat Malaysia menjana jualan melebihi RM137 juta melalui sesi padanan bisnes ke bisnes di KLIABC. “Angka itu agak kecil disebabkan hanya syarikat tempatan sahaja yang mendedahkan jumlah jualan mereka.

“Secara keseluruhan, kami menjangkakan lebih daripada 200 buah syarikat antarabangsa akan mengambil bahagian dalam acara tahun ini, setakat ini, sebanyak 130 organisasi dari 30 buah negara telah membuat pendaftaran,” katanya kepada sidang media mengenai KLIABC di sini hari ini.

KLIABC 2016 yang dianjurkan selama tiga hari, oleh Matrade dan ABE Aerospace France yang berpangkalan di Perancis, turut mempunyai 12 pembentangan daripada tokoh-tokoh penceramah tempatan dan antarabangsa.

Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan jenama ‘Beyond Nations’ iaitu inisiatif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
untuk menggalakan export dikalangan SME Malaysia di Bangunan Perdana Putra kelmarin.
Turut hadir Menteri MITI Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Dzulkifli Mahmud (kanan). - Bernama
Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan jenama ‘Beyond Nations’ iaitu inisiatif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
untuk menggalakan export dikalangan SME Malaysia di Bangunan Perdana Putra kelmarin.
Turut hadir Menteri MITI Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Dzulkifli Mahmud (kanan). – Bernama

Dzulkifli ketika mengulas mengenai industri aeroangkasa tempatan, berkata Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi hab serantau dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) kerana ia mempunyai kumpulan bakat.

Katanya, Malaysia mempunyai sebanyak 56 program latihan yang berkaitan dengan aeroangkasa dan mengeluarkan sebanyak 54 peratus tenaga mahir dalam industri tersebut di Asia Tenggara.

“Jumlah eksport bagi industri aeroangkasa pada tahun lepas mencecah RM4.2 bilion, meningkat sebanyak 44.7 peratus berbanding 2014, dengan Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Jepun dan Thailand menjadi destinasi eksport utama Malaysia. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA