Matsuyama, Willett baiki kedudukan

Matsuyama, Willett baiki kedudukan

PARIS, 9 Feb – Pemain golf Jepun, Hideki Matsuyama dan pemain England, Danny Willett mendaki ke kelompok ranking 15 terbaik dunia selepas kedua-duanya memenangi kejohanan, semalam.

Matsuyama yang menewaskan Rickie Fowler bagi menjuarai Terbuka Phoenix di Amerika Syarikat (AS) melangkah enam anak tangga ke kedudukan 12 dunia, manakala Willet di ranking ke-13 selepas memenangi Dubai Desert Classic.

Begitupun, kedudukan empat teratas dunia tidak berubah apabila bintang golf Ireland, Rory McIlroy, sekadar menamatkan saingan di tempat keenam di Dubai, yang mengekalkan tempatnya di ranking dua dunia.

Ranking nombor satu dunia kekal milik pemain AS, Jordan Spieth, dengan tempat ketiga juga kekal menjadi milik Jason Day dan Fowler di kedudukan keempat.

Spieth dan Day begitupun tidak beraksi dalam sebarang kejohanan, minggu lalu. – AFP

Aksi Hideki Matsuyama dari Jepun ketika bersaing di peringkat final Terbuka Waste Management di TPC Scottsdale, Arizona. – Reuters
Aksi Hideki Matsuyama dari Jepun ketika bersaing di peringkat final Terbuka Waste Management di TPC Scottsdale, Arizona. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA