Matthew ancam AS

Matthew ancam AS

MIAMI, 6 Okt – Para penduduk di negeri Florida Amerika Syarikat berebut-rebut untuk menyelamatkan diri daripada laluan Taufan Matthew hari ini ketika ia membadai Bahamas selepas mengakibatkan 27 orang maut di Caribbean.

Ribut itu, yang berpusar berhampiran barat laut Bahamas, dijangka bertambah hebat kepada taufan Kategori 4 ketika ia bergerak ke barat laut ke arah Florida.

Matthew, ribut paling buruk yang melanda Caribbean dalam masa hampir sedekad, sudah memaksa penutupan lapangan terbang di Bahamas, dengan kapal pelayaran telah dilencongkan semula dari destinasi pelancongan popular, menurut kerajaan.

“Kini taufan itu dianggap sedang bergerak ke lapangan lebih tinggi,” Perdana Menteri Bahama, Perry Christie memberitahu komuniti pesisir sebelum ribut melanda.

Dalam buletin terkini, Pusat Taufan Kebangsaan berpangkalan di AS melaporkan yang keadaan taufan dijangka membadai Florida lewat hari ini.

Pekerja Palang Merah dan para penduduk melihat kerosakan yang berpunca akibat Taufan Matthew di Baracoa, Cuba, kelmarin. – AP
Pekerja Palang Merah dan para penduduk melihat kerosakan yang berpunca akibat Taufan Matthew di Baracoa, Cuba, kelmarin. – AP

“Taufan itu mengancam nyawa. Dengar para pegawai tempatan kamu dan ikuti amaran pemindahan,” kata Gabenor Florida, Rick Scott dalam Twitter.

Presiden AS, Barack Obama memberi amaran warga Amerika yang berada di laluan ribut itu akan mengambil langkah ancaman dengan serius.

“Kami berharap yang terbaik, namun kami mahu bersiap sedia bagi yang terburuk,” katanya.

Ribut itu membadai Haiti dan Cuba dengan taufan Kategori 4 pada Selasa namun telah menurun kepada tiga, dalam skala lima, oleh NHC.

Matthew membawa angin berkelajuan 12 batu sejam ketika ia berpusar kira-kira 60 batu tenggara Nassau pada 0900 GMT.

Taufan dijangka akan bergerak ‘dekat dengan pantai timur semenanjung Florida’ pada Khamis hingga Jumaat, menurut NHC.

“Semua orang di negeri kami harus bersedia sekarang bagi hambatan langsung,” kata Gabenor Rick Scott, ketika arahan pemindahan telah dikeluarkan.

Sekolah-sekolah dan universiti ditutup sehingga hujung minggu, pihak berkuasa sedang mengedarkan beg pasir untuk melindungi pintu-pintu dan rak-rak kedai yang terdedah.

“Kami tidak takut, Florida sudah menempuhinya selama bertahun-tahun,” kata Rick Basel, 63, seorang pesara yang memuatkan kenderaannya dengan makanan dan air untuk tempoh tiga hingga empat hari.

Jauh ke utara di Selatan Carolina, Gabenor Nikki Haley mengarahkan pemindahan beberapa wilayah pesisir – dengan lebih dari sejuta orang terjejas.

Ketika Matthew melanda barat laut, Haiti dan Cuba memulakan tugas menilai jumlah korban ribut.

Jumlah kematian korban Matthew kekal 27 orang – 23 di Haiti dan empat di Republik Dominic – namun jumlah itu kelihatannya akan meningkat. – AFP