Matthew badai Haiti, Cuba

Matthew badai Haiti, Cuba

PORT-AU-PRINCE, 5 Okt – Puting beliung Matthew melanda Haiti dan bergerak ke Cuba selepas mengakibatkan kematian sembilan orang, mencetuskan banjir dan memaksa beratus-ratus ribu orang melarikan diri dari ribut paling teruk di Carribean itu dalam tempoh hampir sedekad.

Jauh ke utara, pemindahan pertama diarahkan di AS ketika para penduduk pantai bersiap sedia untuk lari dari ribut besar yang semakin menghampiri, yang dijangkakan di perairan East Coast lewat minggu ini.

Angka kematian ialah sembilan orang, lima orang di Haiti dan empat di Republik Dominikan, tetapi pasti akan meningkat ketika puting beliung berbahaya Matthew bergerak menuju hala utara.

Skop penuh kerosakan, manusia dan bahan, masih tidak jelas. Para pegawai perlindungan awam di Haiti berkata mereka dalam kesukaran untuk berhubung dengan selepas angin kencang dan hujan Matthew memutuskan talian telefon.

Penilaian sebahagian ke atas kerosakan, yang tidak termasuk jabatan Grande Anse, yang berada di pusat ribut taufan, menunjukkan 14,500 orang telah berpindah tempat dan 1,855 buah rumah telah dilanda banjir. Bilangan itu dijangka meningkat sebaik saja perhubungan pulih semula dengan kawasan itu.

Kelihatan angin kencang Taufan Matthew mengganas di Baracoa, Cuba, pada 4 Oktober. – AP
Kelihatan angin kencang Taufan Matthew mengganas di Baracoa, Cuba, pada 4 Oktober. – AP

Keruntuhan jambatan telah memutuskan satu-satunya jalan raya yang menghubungkan Port-au-Prince ke semenanjung yang membentuk selatan Haiti. “Menjadi sukar untuk mendapatkan laluan alternatif,” jurucakap perlindungan awam Edgar Celestin memberitahu AFP.

Seorang dilaporkan hilang dan 10 orang tercedera setakat ini di seluruh Haiti, menurut para pegawai. Cuba bakal dilanda lewat tengah hari ini di hujung timurnya.

Pusat ribut itu telah mendarat kira-kira pukul 00:00 GMT telah pun bergerak keluar dari pantai timur laut pulau itu tiga jam kemudian, menuju utara pada kelajuan 13 kilometer sejam, lapor Pusat Ribut Taufan Kebangsaan AS. Penduduk Amerika dilingkungi untuk merasakan keributan alam semula jadi.

Florida, Selatan Carolina dan beberapa bahagian Utara Carolina telah mengisytiharkan keadaan darurat dan Selatan Carolina mengatakan ia akan mula melaksanakan pemindahan 1.1 juta orang dari pantainya bermula hari ini dan cuba membawa mereka ke kawasan sekurang-kurangnya 160 kilometer pedalaman. Georgia mengisytiharkan keadaan darurat di 13 buah negeri.

“Pemindahan tidak akan pantas. Mungkin mengambil masa beberapa jam,” Gabenor Selatan Carolina Nikki Haley berkata. “Jika boleh meninggalkan kawasan awal, lakukan itu.” – AFP