Matthew mendarat di South Carolina

Matthew mendarat di South Carolina

JACKSONVILLE, 9 Okt – Puting beliung Matthew yang semakin lemah mendarat di South Carolina semalam, hampir menamatkan landaan empat hari yang mengakibatkan kematian dan kemusnahan di Caribbean dan ke pantai tenggara AS, kini dilanda banjir yang paling teruk yang pernah dicatatkan.

Di Haiti, yang dilanda Matthew pada ketika ia dalam Kategori 4 apabila ia melanda negara termiskin di hemisfera barat Selasa lalu, angka kematian rasmi meningkat kepada kira-kira 336.

Sembilan terbunuh di AS. Presiden sementara Haiti, Jocelerme Privert, telah mengumumkan tempoh berkabung kebangsaan selama tiga hari, bermula hari ini.

Skop kemusnahan di selatan rantau Caribbean semakin jelas tetapi angka kematian masih sementara disebabkan kesukaran memasuki beberapa kawasan. Kira-kira 336 orang terbunuh, ketua perkhidmatan perlindungan awam Haiti, Marie-Alta Jean Baptiste, memberitahu AFP “Kami tidak ada angka pasti sebelum Rabu,” katanya.

Para pegawai lain sebelumnya berkata kira-kira 400 orang terbunuh.

Sebatang pokok tumbang akibat Taufan Matthew telah menghempap talian tenaga elektrik di jalan St, Simons Island, pada 8 Okt. – AP
Sebatang pokok tumbang akibat Taufan Matthew telah menghempap talian tenaga elektrik di jalan St, Simons Island, pada 8 Okt. – AP

Setengah juta kanak-kanak tinggal di bahagian yang teruk terjejas di selatan Haiti, menurut UNICEF, yang mengatakan ia memerlukan kira-kira $5 juta untuk memenuhi keperluan segera mereka.

Janji-janji bantuan telah mencurah-curah, dengan AS mengumumkan ia menghantar USS Mesa Verde, yang 300 anggota marinnya akan ditambah kepada 250 orang kakitangan dan sembilan buah pesawat helikopter telah pun diarahkan dihantar ke Haiti.

Perancis mengumumkan ia menghantar 60 orang tentera, dengan 32 tan bekalan kemanusiaan dan peralatan pembersihan air.

Badan amal di California, Pasukan Bantuan Antarabangsa berkata ia mendermakan AS$7 juta dalam bekalan perubatan dengan pertubuhan antarabangsa MAP International dan Hope for Haiti.

Matthew, yang berkurang menjadi puting beliung Kategori 1, tahap terendah, melanda pantai South Carolina ketika ribut taufan bergerak ke pedalaman.

Ia kemudian menghampiri pantai North Carolina hari ini dengan banjir teruk dijangkakan berlaku dan kemusahan lainnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA