Matthews, Demare dahului Paris-Nice

Matthews, Demare dahului Paris-Nice

VENDOME, Perancis, 8 Mac (AFP) – Pelumba Perancis, Arnaud Demare memenangi kemasan pecut dalam keadaan perlumbaan yang dituruni salji pada peringkat pertama perlumbaan Paris-Nice pada kelmarin dengan pelumba Australia, Michael Matthews yang masih mendahului perlumbaan secara keseluruhannya.

Pelumba FDJ, Demare, juara remaja dunia pada 2011 dan juara Perancis pada 2014, memintas Ben Swift Britain dan pelumba Perancis, Nacer Bouhanni selepas peringkat 198km ‘The Race to Sun’ antara Conde-sur-Vesgre dan Vendome, barat daya Paris.

Swift melakukan pecutan tetapi telah dicantas oleh Demare, 24, meraih kejayaan kedua musim ini selepas peringkat dalam Jelajah Mediterranean bulan lepas.

“Ia satu kemenangan yang saya nantikan dalam masa yang lama,” kata Demare, yang mengimpikan untuk mengekalkan kejayaan pada Paris-Roubaix 9 April nanti.

“Terdapat banyak halangan pada musim lalu. Saya meletakkan banyak sasaran pada tahun lepas dan ia tidak berbaloi. Kini saya memasuki dalam perlumbaan yang sejuk. Keadaan kaki yang baik, saya sudah bersedia untuk cabaran ini.”

Demare (depan) ketika bersaing dengan Matthews (kanan) dan pelumba Perancis, Nacer Bouhanni (kiri) dalam peringkat kedua edisi ke-74 perlumbaan berbasikal Paris-Nice antara Conde-sur-Vesgre dan Vendome kelmarin. – Reuters
Demare (depan) ketika bersaing dengan Matthews (kanan) dan pelumba Perancis, Nacer Bouhanni (kiri) dalam peringkat kedua edisi ke-74 perlumbaan berbasikal Paris-Nice antara Conde-sur-Vesgre dan Vendome kelmarin. – Reuters

Para pelumba terpaksa menangani keadaan yang mendesak dengan suhu beku, salji dan keadaan jalan raya yang dituruni salji.

“Ia adalah penting untuk tidak terperangkap dengan keadaan sejuk semasa cabaran ini. Kami tahu perlumbaan ini akan disertai dengan angin dan kami akan menanganinya,” kata Demare.

“Pada pendakian terakhir, saya memilih untuk tidak pulang dan membenarkan diri saya untuk mengikuti rentak cabaran. Saya memilih untuk mendapat ganjaran, ia merupakan kemenangan yang besar.

“Ini akan mendorong saya dan rakan sepasukan lebih berkeyakinan.”

Pemenang Prologue, Matthews memintas di tempat kelima untuk memegang pendahulu jersi kuning.