Matthews tawan fasa ke-10 LTdF

Matthews tawan fasa ke-10 LTdF

REVEL, Perancis, 13 Julai – Penunggang Australia, Michael Matthews berjaya menawan peringkat ke-10 pada Le Tour de France (LTdF) semalam, sambil menegaskan bahawa pasukan Orica beliau tidak akan berpuas hati dengan kejayaan itu.

Peserta Australia itu datang ke jelajah tersebut dengan meraih kemenangan peringkat ke-10 semalam, meninggalkan juara dunia Peter Sagan dalam kemasan pecut, sementara Adam Yates pula masih menduduki tangga kedua secara keseluruhannya.

Ia memberikan Matthews berasa yakin dengan peluang pasukan itu pada jelajah tersebut.

“Ini adalah matlamat terbesar saya musim ini; cuba untuk memenangi peringkat pada LTdF,” kata pemain berusia 25 tahun dari Canberra itu.

“Saya telah berjaya sekarang tetapi ia bukan terakhir jelajah de France lagi, kami masih mempunyai lebih banyak sasaran untuk dicapai.

Aksi Matthews (kiri) ketika melintasi garisan penamat di hadapan penunggang Perancis, Tony Gallopin (dua kanan) dan Peter Sagan pada peringkat akhir ke-10 sejauh 197 km edisi 103 perlumbaan basikal Jelajah Perancis semalam. – AFP
Aksi Matthews (kiri) ketika melintasi garisan penamat di hadapan penunggang Perancis, Tony Gallopin (dua kanan) dan Peter Sagan pada peringkat akhir ke-10 sejauh 197 km edisi 103 perlumbaan basikal Jelajah Perancis semalam. – AFP

“(Kami mahu) lebih banyak peringkat, kami mempunyai pasukan yang benar-benar kuat untuk cuba mencapai lebih banyak kemenangan peringkat.”

Matthews yang berpangkalan di Monaco, kini telah mendapat kemenangan peringkat di ketiga-tiga Grand Tours, dengan dua namanya di Giro d’Italia dan tiga di Vuelta a Espana.

Tetapi katanya beliau kini akan menumpukan perhatian untuk cuba memenangi major one-day classic.

Beliau hampir mencapai kemenangan tahun lepas, menduduki tempat kedua selepas Sagan pada kejohanan dunia dan menduduki tempat ketiga di Milan-San Remo dan Amstel Gold.

“Bagi saya, saya tidak pasti apa yang akan datang yang akan datang tetapi yang pasti adalah salah satu perlumbaan classics adalah matlamat saya akan datang,” katanya.

“Ia memang merupakan matlamat saya sebelum ini pada jelajah de France tetapi tersungkur pada perlawanan akhir di Milan-San Remo.” – AFP