Mauricio wira Zenit raih Piala Super

Mauricio wira Zenit raih Piala Super

MOSCOW, 24 Julai – Mircea Lucescu mendapatkan kendalian sempurna sebagai jurulatih Zenit St Petesburgh dengan kemenangan 1-0 ke atas CSKA Moscow dalam persaingan Piala Super Rusia semalam.

Pemegang piala, Zenit mendominasi dari awal di Stadium Lokomotiv, Moscow, dengan pemain midfield Brazil, Mauricio menyudahkan jaringan menerusi hantaran lintang Artur Yusupov pada minit ke-22.

Juara liga, CSKA bergelut dan gagal untuk mendapatkan beberapa peluang yang mereka cipta, ketika Zenit memenangi perlawanan pembukaan tirai bagi tahun kedua berturut–turut.

“Perlawanan pertama saya di Rusia adalah sukar dan terlalu emosi,’ kata Lucescu dari Romaina, selepas memenangi trofi ke-33 sepanjang kerjayanya.

‘Liga Rusia adalah kuat dan ia sukar untuk menentang juara liga.

‘Tetapi keputusan positif dalam perlawanan pertama akan memberikan saya peluang untuk meneruskan tugasan saya dengan tenang.

‘Mungkin, Piala Super bukanlah trofi berprestij tetapi ia adalah penting bagi imej kelab. Saya gembira dengan keputusan perlawanan hari ini.”

Ketua jurulatih CSKA, Leonid Slutsky, yang membimbing Pasukan Rusia dalam penyingkiran peringkat kumpulan yang memalukan pada Euro 2016 bulan lalu, menyalahkan pemain bagi kekurangan latihan perlawanan menjelang musim baru.

“Kami memulakan perlawanan dengan teruk hari ini,’ katanya.

‘Pemain pertahanan kami kurang faham dan kami mencipta terlalu sedikit peluang dalam serangan. Ia adalah biasa menjelang bermulanya musim dan kami masih mempunyai banyak masa untuk memperbaiki persembahan kami.”- AFP