Maurizio ragui undian Infantino

Maurizio ragui undian Infantino

pg20_160302_bMILAN, 1 Mac (AFP) – Presiden Palermo, Maurizio Zamparini (gambar) secara lantang mencetuskan kontroversi dengan mendakwa Gianni Infantino ‘membeli’ undi dalam perjalanannya untuk dipilih menjadi Presiden FIFA.

Infantino dipilih menjadi ketua baru bola sepak dunia pada hari Jumaat, 45, seorang peguam Swiss-Itali mengakhiri kontroversi bekas pemimpin FIFA, Sepp Blatter yang memegang sebagai presiden FIFA selama 18 tahun.

Walaupun Infantino telah berjanji untuk memulihkan imej FIFA, tetapi kemenangannya yang dipuji oleh tokoh-tokoh utama dalam permainan, Zamparini menimbulkan keraguan mengenai sama ada proses pilihan raya dijalankan secara telus sepenuhnya.

Beliau mendakwa terdapat unsur keraguan terhadap peningkatan kepada kuasa ‘kedua-dalam-perintah’ di badan induk bola sepak Eropah, UEFA.

“Sistem tidak mengalami perubahan dan presiden baru FIFA, ketua birokrat, adalah sebahagian daripada itu sebelum ini,” Zamparini dipetik sebagai berkata dalam video.

“Jika dia menjadi pilihan, ia hanya kerana beliau membeli lebih banyak undi daripada sheikh (Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa) itu.”

Rentetan sejarah Blatter sebagai ketua bola sepak dunia FIFA melihat kepada unsur-unsur yang melibatkan rasuah dalam kes pengundian.

Infantino memenangi pilihan raya minggu lalu pada pusingan kedua dengan 115 undi, daripada ketua bola sepak Asia Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa, yang menerima 88 undi.

Zamparini membawa pengaruh reputasinya untuk menyuarakan pandangannya sejak mengambil alih Serie A yang berpangkalan di Sicily pada tahun 2002, serta memecat jurulatih yang gagal membawa kejayaan serta-merta terhadap kelab tersebut.

Beliau mengakui komen beliau ini berkemungkinan akan menjadi kontroversi mahkamah, tetapi beliau berkata mengalu-alukan sebarang sekatan masa depan.

“Saya harap mereka menggantung saya kerana mengatakan bahawa, bagi saya ia akan menjadi satu penghormatan.”