Maut 4WD bertembung bas ekspres di Bintulu

Maut 4WD bertembung bas ekspres di Bintulu

BINTULU, 3 Jun (Bernama) – Seorang lelaki maut selepas pacuan empat rodanya merempuh bas ekspres di Km 28 Jalan Bintulu–Tatau malam tadi.

Menurut jurucakap polis, pemandu berkenaan Entering Anak Rading, 32, tersepit di tempat duduk manakala pemandu bas itu hanyacedera ringan.

Kemalangan berlaku kira-kira 10.30 malamapabila kenderaan Entering yang menghala Bintulu dari arah Tatau memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas berkenaan.

Sumber itu berkata kesemua 26 penumpang bas termasuk pemandunya mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Hospital Bintulu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu, DSP Lim Kwai Seng mengesahkan kejadian itu.