Maut akibat berebut ‘Viagra Himalaya’

Maut akibat berebut ‘Viagra Himalaya’

KATHMANDU, 17 Jun (AFP) – Seorang penduduk kampung ditembak mati di kawasan pergunungan terpencil di Nepal dan tiga orang lagi cedera, dalam perkelahian berhubung kulat luar biasa dan berharga dikenali sebagai ‘Viagra Himalaya’ kerana kualitinya yang dikatakan boleh menaikkan syahwat, menurut seorang pegawai hari ini.

Setiap tahun, beribu-ribu orang kampung di Nepal dan Tibet menuai kulat parasit, Cordyceps sinensis, yang nama tempatannya dikenali sebagai yarchagumba, yang tumbuh pada badan ulat bulu.

Ia boleh mengaut keuntungan yang banyak di negara jiran, China, yang mana ia digunakan dalam perubatan herba, tetapi ia hanya ditemui pada ketinggian tertentu dan selama beberapa minggu setahun.

Para pegawai di daerah barat Mugu tempat pertempuran itu berlaku mengatakan mereka telah menghantar pasukan polis pada hari Rabu lalu selepas menerima laporan tentang pertikaian itu, tetapi hanya tiba pada pagi ini.

“Seorang terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila sebuah kumpulan yang terdiri dari 10-12 perampas menembak secara sembarangan di kawasan itu malam Rabu lalu,” ketua daerah Mogu, Keshab Raj Sharma memberitahu AFP melalui telefon.

“Para penduduk setempat berkata kumpulan itu telah mencuri hasil kutipan mereka.”

ARTIKEL YANG SAMA