Maut akibat bom sendiri

Maut akibat bom sendiri

PESHAWAR, Pakistan, 20 Mei (AFP) – Seorang pengebom berani mati di barat laut Pakistan secara tidak sengaja meletupkan bom yang berada di jaketnya ketika menunggang motosikal di jalan yang kosong, membunuh dirinya dan dua militan lain yang juga berada di atas basikal, kata polis.

Kejadian itu berlaku di pinggir Bandar Sufaid Sang, berdekatan dengan barat laut Peshawar, bandar utama di rantau itu, di mana ketiga-tiga mereka mungkin merancang serangan, kata seorang pegawai kanan polis tempatan kepada AFP.

“Rancangan mereka telah gagal apabila jaket daripada seorang pengebom berani diri itu meletup lebih awal secara tidak sengaja,” kata Kashif Zulfiqar.

“Sasaran mereka tidak diketahui tetapi mereka bergerak menuju ke arah kawasan sesak dengan orang ramai di mana adanya beberapa anggota polis dan anggota tentera sempadan,” katanya.

Anggota sukarelawan Pakistan mengalihkan mayat pengebom berani mati di pinggir bandar Peshawar, Pakistan, kelmarin. – AP
Anggota sukarelawan Pakistan mengalihkan mayat pengebom berani mati di pinggir bandar Peshawar, Pakistan, kelmarin. – AP

Polis mematikan fius bom yang berada pada jaket mayat kedua dan mengamankan senapang Kalashnikov, lapan bom tangan dan beratus-ratus peluru hidup.

Mubarak Zeb, Ketua Polis Peshawar mengesahkan kejadian itu kepada AFP.

Anggota Taliban Pakistan dan kumpulan-kumpulan pelampau lain kerap menyasarkan tentera dan orang awam sebagai sebahagian daripada pemberontakan mereka yang meragut puluhan ribu nyawa sejak ia bermula pada tahun 2004.

ARTIKEL YANG SAMA