Maut dalam kemalangan

Maut dalam kemalangan

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 8 Dis – Pasukan Polis Diraja Brunei petang kelmarin telah menerima laporan daripada orang ramai mengenai kes kemalangan dua buah kereta yang melibatkan kematian yang berlaku di kawasan Kampung Padnunok.

Mangsa ialah seorang lelaki warga tempatan berumur 49 tahun pada ketika itu memandu kereta jenis Mitsubishi Galant. Manakala, pemandu kereta Toyota Corolla dan dua orang penumpangnya hanya mendapat kecederaan ringan.

Semasa kejadian berlaku, Balai Bomba dan Penyelamat cawangan Lamunin telah menerima panggilan daripada orang ramai sekitar 1 petang dan melibatkan enam orang anggota bomba dan Penyelamat yang diketuai oleh Ahli Bomba Kanan 28 Mahari bin Ahmad.

Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis. Pasukan Polis Diraja Brunei ingin mengingatkan kepada orang ramai supaya akan sentiasa berhati-hati dan cermat apabila memandu terutama sekali ketika dalam keadaan hujan dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas.

ARTIKEL YANG SAMA