Maut di tempat kejadian

Maut di tempat kejadian

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 6 Dis – Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun maut di tempat kejadian dalam kemalangan yang berlaku di kawasan KM 55.3 Lebuh Raya Seria Tutong menghala ke Tutong awal pagi kelmarin.

Pasukan Polis Diraja Brunei telah menerima laporan mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 5 pagi.

Bagaimanapun, punca kemalangan masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Sehubungan itu, pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Balai Polis Tutong di talian 4221206 atau panggilan kecemasan 993.

ARTIKEL YANG SAMA