Maut dilanggar kereta berundur

Maut dilanggar kereta berundur

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Seorang wanita Malaysia berusia 40 tahun, meninggal dunia selepas dirempuh sebuah kereta yang berundur di hadapan sebuah kedai di Menglait, Gadong semalam.

Kejadian berlaku apabila seorang pemandu yang juga perempuan berusia 31 tahun, mengundurkan keretanya dan merempuh mangsa yang berada di laluan kedai kira-kira jam 5 petang.

Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital RIPAS kerana cedera parah di bahagian kepala.

Pihak polis bagaimanapun masih menyiasat punca kemalangan itu.

Tempat mangsa dirempuh sebuah kenderaan yang berundur di hadapan sebuah kedai di Menglait, Gadong, kelmarin.
Tempat mangsa dirempuh sebuah kenderaan yang berundur di hadapan sebuah kedai di Menglait, Gadong, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA