Maut kena renjatan elektrik

Maut kena renjatan elektrik

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Seorang pekerja sub-kontrak pemasangan elektrik warga Bangladesh hari ini maut setelah terkena renjatan elektrik berhampiran sebuah kedai runcit di Tungku, Rimba pada jam 1:30 petang hari ini.

Ketika kejadian, mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembaikan dan pemasangan untuk kedai runcit berkenaan bersama lima lagi rakannya.

Menurut pekerja runcit itu, pada awalnya rakan mangsa diarahkan untuk mematikan kuasa elektrik di sebuah sub-stesen elektrik berdekatan. Namun ketika membuat kerja-kerja pemasangan itu, mereka tiba-tiba mendengar suara meminta tolong dari luar kedai dan bergegas keluar.

Seorang pekerja tidak sedarkan diri, dan seorang lagi cedera dalam kejadian renjatan elektrik yang mengakibatkan seorang maut.
Seorang pekerja tidak sedarkan diri, dan seorang lagi cedera dalam kejadian renjatan elektrik yang mengakibatkan seorang maut.

Mereka bagaimanapun mendapati seorang daripada mereka bergantung pada wayar elektrik.

Mereka kemudiannya berlari ke peti sub-stesen elektrik untuk mematikan semua aliran. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dan kejadian masih lagi dalam siasatan pihak polis.

ARTIKEL YANG SAMA