Maut kereta terjunam ke dalam paya

Maut kereta terjunam ke dalam paya

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 29 Nov – Seorang lelaki tempatan maut apabila kereta salon yang dipandunya terbabas dan menjunam ke paya dalam kejadian yang berlaku di Jalan Padnunok Tutong, pada malam 27 November lalu.

Mangsa disahkan meninggal dunia semasa berada di Hospital Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Tutong, manakala seorang lagi lelaki yang merupakan penumpang kereta berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian leher.