Maut motosikal langgar tiang

Maut motosikal langgar tiang

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 April – Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar tiang di kawasan Jalan Tengah Anduki berdekatan Taman Jubli Seria, awal pagi tadi.

Pasukan Polis Diraja Brunei melaporkan bahawa Balai Polis Seria menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3:06 pagi dan mangsa disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Suri Seri Begawan (HSSB), Kuala Belait pada jam 7:48 pagi tadi.

Menurut pihak polis, berikutan kejadian itu, motosikal mangsa mengalami kerosakan pada bahagian depan, dengan tayarnya pecah dan pemegangnya patah, bagaimanapun, punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.

ARTIKEL YANG SAMA