Maut tersepit

Maut tersepit

Oleh Aissa

 

LAWAS, 5 Jan – Seorang lelaki maut akibat tersepit selepas kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh pokok di bahu jalan dalam kejadian kemalangan yang berlaku di Jalan Batu 2, Taman Eng Huat Lawas disini malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar 11:47 malam itu, mangsa Aaron Philip Pagag, 20, ditemui tersepit di bahagian pemandu.

Ketua Balai Bomba Lawas Mohd Shamlie Radae berkata seramai enam anggota bertungkus lumus mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

TERBABAS...Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu keretanya.
TERBABAS…Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu keretanya.

“Mangsa yang berjaya dikeluarkan dikeluarkan diserahkan kepada pegawai perubatan Hospital Lawas,”katanya disini semalam.

Mohd Shamlie menjelakan lagi pihaknya menerima panggilan sekitar jam 1:47 malam dan bergegas ke tempat kejadian menggunakan sebuah jentera dan kenderaan jenis Pajero ke lokasi yang terletak dua kilometer dari balai.