Mauvelous Deco Company dibuka rasmi

Mauvelous Deco Company dibuka rasmi

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Industri perkahwinan Brunei dimeriahkan lagi dengan pembukaan sebuah lagi syarikat yang menawarkan khidmat berkaitan perkahwinan, dinamakan Mauvelous Deco Company, di Q-Lap Kompleks, di sini, hari ini.

Perasmian telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Ketua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Seri Wijaya Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Mohd Yusof.

Hadir mengalu-alukan tetamu kehormat dan para jemputan ke majlis perasmian itu ialah pemilik Mauvelous, Zun Hassan dan Raffee Yussof.

Antara yang diperagakan di kedai berkenaan.
Antara yang diperagakan di kedai berkenaan.

Majlis dibuka dengan bacaan doa selamat dan seterusnya perasmian kedai baru itu sebelum para jemputan dipelawa untuk meninjau kedai baru berkenaan.

Sempena dengan perasmiannya, Mauvelous menawarkan beberapa pakej bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang dihasratkan dalam melancarkan lagi majlis persandingan dan perkahwinan masing-masing sepanjang bulan November ini.

ARTIKEL YANG SAMA