Max Verstappen kekalkan gaya pemanduan agresif

Max Verstappen kekalkan gaya pemanduan agresif

MONZA, Itali, 2 Sept – Max Verstappen menegaskan bahawa dia tidak akan mengubah gaya pemanduannya yang agresif meskipun menerima banyak kritikan daripada pelumba Formula Satu (F1) yang lain.

Pemandu remaja Britain yang memenangi perlumbaan pertama bersama Red Bull di Grand Prix (GP) Sepanyol pada Mei lalu itu, berkata insiden yang berlaku pada GP Belgium hujung minggu lalu itu sudah berlalu.

“Cara saya memandu membawa saya ke Formula Satu. Jadi saya tidak rasa ada sebarang alasan yang perlu saya ubah – saya tidak dikenakan sebarang penalti,” katanya.

Verstappen terbabit dalam pelanggaran pada selekoh pertama di Litar Spa dengan membabitkan kedua-dua pemandu Ferrari iaitu Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen. Dia kemudian menyalahkan Vettel kerana kemalangan itu yang menyebabkan kenderaan mereka mengalami kerosakan.

Max Verstappen yang dikenali dengan gaya pemanduan agresif membuatkan pemandu-pemandu lain kurang senang terhadap dirinya. – AFP
Max Verstappen yang dikenali dengan gaya pemanduan agresif membuatkan pemandu-pemandu lain kurang senang terhadap dirinya. – AFP

“Saya faham saya sangat agresif tetapi akhirnya itu adalah bagaimana anda memperoleh mata – anda memastikan yang lain di belakang.

“Ia bukan kerana pemandu lain menyuruh saya mengubah cara pemanduan maka saya akan mengubah gaya pemanduan saya.”

Verstappen mengalami beberapa siri pelanggaran dengan Raikkonen, kemudian berkata dia memandu dengan lebih agresif kerana dia mahu membuktikan satu perkara. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA