Maxis bekerjasama dengan Microsoft

Maxis bekerjasama dengan Microsoft

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) – Maxis Bhd bekerjasama dengan Microsoft untuk melancarkan penyelesaian produktiviti yang menggabungkan Office 365 (O365) ke dalam set penyelesaian MaxisONE Business bagi membantu merangsang pertumbuhan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Penyelesaian itu bertujuan untuk membantu PKS meningkatkan produktiviti menerusi pakej berasaskan teknologi cekap kos melalui rangkaian data terbaik negara, kata syarikat itu dalam satu kenyataan Jumaat.

MaxisONE Business yang dilancarkan pada 2014, merupakan pelan Internet bagi perniagaan yang menawarkan masa berbual dan mesej tanpa had, Internet, perkhidmatan gred perniagaan dan penyelesaian mobiliti.

ARTIKEL YANG SAMA