Maxis, OnePlus akan lancar telefon pintar OnePlus 2

Maxis, OnePlus akan lancar telefon pintar OnePlus 2

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) – Maxis Bhd dan OnePlus, syarikat permulaan China yang menghasilkan telefon pintar Android akan melancarkan telefon OnePlus 2 di Malaysia secara eksklusif untuk pelanggan Maxis.

Maxis adalah pengedar eksklusif OnePlus 2.

Dalam satu kenyataan hari ini, Maxis berkata, OnePlus 2 boleh diperoleh melalui Kedai Dalam Talian Maxis mulai esok untuk mereka yang menerima jemputan khas untuk membeli telefon pintar berkenaan. Penghantaran tempahan dalam talian akan bermula pada 28 September 2015 dan telefon itu boleh didapati di outlet Maxis di seluruh negara pada tarikh yang sama,” katanya.

“Pelanggan yang belum mendaftar untuk jemputan itu boleh berbuat demikian di www.maxis.com.my/oneplus2,” katanya.