May mahu kukuhkan hubungan dengan China

May mahu kukuhkan hubungan dengan China

BEIJING, 1 Sept – Pada lawatan pertamanya ke China sebagai perdana menteri Britain, Theresa May akan berusaha memberi jaminan kepada Beijing bahawa beliau mahu memperkukuh hubungan meskipun penangguhan beliau mengenai satu keputusan mengenai sama ada meluluskan sebuah kilang tenaga nuklear di barat daya England.

Lawatan itu menandakan satu ujian untuk hubungan yang nampaknya sedang meningkat beberapa bulan lalu. Sementara suasana di Beijing adalah Britain memerlukan China lebih-lebih lagi selepas Brexit, dan jaminan sedemikian mungkin tidak dicapai dalam masa terdekat.

Pemimpin sebelum May, David Cameron, mengalu-alu ‘dekad emas’ dalam hubungan dua hala, namun beliau meletak jawatan selepas Britain mengundi pada Jun untuk berpisah daripada Kesatuan Eropah. Dalam satu penghinaan kepada China, May dengan serta merta melancarkan satu kajian semula dalam projek kilang tenaga Hinkley Point C yang diharapkan oleh Beijing untuk merangsang eksport teknologi nuklearnya.

Pemimpin China akan mencari petanda bahawa May akan meneruskan dengan projek itu sama seperti sebelumnya, satu prospek yang tidak mungkin memandangkan projek itu sedang dikaji semula sehingga musim luruh ini, kata Steve Tsang, profesor kajian kontemporari China di Universiti Nottingham Britain. – AP

ARTIKEL YANG SAMA