Mayat 6 tahun dalam dinding

Mayat 6 tahun dalam dinding

LOS ANGELES, 12 Julai (Agensi) – Misteri kehilangan seorang wanita enam tahun lalu akhirnya terbongkar selepas mayatnya dijumpai disimen di dalam dinding di sebuah apartmen di sini baru-baru ini.

Mayat Raven Joy Campbell ditemui selepas seorang lelaki misteri menghubungi keluarga wanita itu memaklumkan kemungkinan mayat mangsa berada di dalam dinding apartmen berkenaan.

Polis yang menerima maklumat daripada keluarga Raven, membawa anjing pengesan dan berjaya menemui mayat wanita itu di dalam dinding di apartmen berkenaan.

Beberapa penghuni memberitahu mereka sering menghidu bau busuk berhampiran dinding tempat mayat wanita itu ditemui.

Raven yang ketika itu berusia 31 tahun tinggal di apartmen berkenaan sebelum dilaporkan hilang pada Julai 2009.

Sejak dilaporkan hilang tiada sebarang petunjuk atau maklumat diperoleh polis mengenai kehilangannya.

Seorang jurucakap polis berkata, mayat wanita itu dijumpai disimen di dalam dinding di apartmen tempatnya tinggal.