Mayat anak damit ditemui di premis 1Homeware

Mayat anak damit ditemui di premis 1Homeware

KOTA KINABALU, 24 Ogos – Mayat seorang anak damit lelaki yang baru lahir ditemukan di tapak pembuangan sampah premis 1Homeware di Papar pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Papas, DSP George Abd Rakman berkata mayat anak damit yang masih bertali pusat itu ditemui kira-kira pukul 10 pagi oleh seorang pekerja di kedai berkenaan.

“Siasatan awal mendapati ketika mayat anak damit itu ditemui, pekerja itu berada di tandas yang terletak berhampiran pembuangan sampah berkenaan telah ternampak asap dan satu objek seperti anak patung.

“Curiga dengan apa yang dilihatnya, pekerja berkenaan kemudiannya meneliti lebih dekat dan mendapati ianya adalah mayat anak damit lelaki yang masih bertali pusat yang diletakkan di kawasan pembuangan sampah yang masih lagi berasap,” katanya dalam satu kenyataan.

George berkata mayat anak damit itu kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan lanjut. – Bernama