Mayat dari kubur besar tiada tanda keganasan

Mayat dari kubur besar tiada tanda keganasan

BANGKOK, 3 Mei (Reuters) – Dua puluh enam mayat yang digali di sebuah kubur besar berhampiran satu kem penyeludupan orang di selatan Thailand tidak menunjukkan tanda-tanda kematian ganas, kata polis hari ini, ekoran pemeriksaan forensik di tapak.

Berpuluh polis dan anggota menyelamat mendaki gunung semalam ke sebuah kem hutan di wilayah Songkhla yang telah dikaitkan oleh pihak berkuasa kepada penyeludupan orang dan mengeluarkan 21 mayat.

Lima mayat dikeluarkan pada Jumaat dari kem, yang terletak beberapa ratus meter dari sempadan Thailand dengan Malaysia, membawa jumlah kepada 26 orang.

“Daripada siasatan forensik awal di tapak, tidak adanya tanda-tanda di tulang atau pecahan yang mencadangkan satu kematian ganas,” beritahu Polis Kolonel Triwit Sriprapa, penolong komander Polis Wilayah Songkhla, kepada Reuters.

“Kemungkinan besar mereka mati akibat penyakit dan pemakanan tak seimbang.

Pekerja penyelamat menemui jasad manusia yang diabaikan di kem di wilayah selatan Songkhla, Thailand. Berpuluh-puluh polis dan sukarelawan sudah membakar 26 mayat di kubur besar-besaran berhampiran kem penyeludupan manusia di kaki bukit di hutan Thailand, kata polis. – Reuters
Pekerja penyelamat menemui jasad manusia yang diabaikan di kem di wilayah selatan Songkhla, Thailand. Berpuluh-puluh polis dan sukarelawan sudah membakar 26 mayat di kubur besar-besaran berhampiran kem penyeludupan manusia di kaki bukit di hutan Thailand, kata polis. – Reuters

Penemuan sebuah kem yang terletak jauh di dalam hutan di selatan Thailand, pusat penyeludupan orang serantau, menjadi satu peringatan mengenai sejauh mana penyeludupan orang di negara Asia Tenggara dan berlaku tatkala Thailand berusaha mempertingkat rekodnya dalam membanteras perniagaan haram itu.

Penghijrah haram, kebanyakan mereka penduduk Islam Rohingya dari barat Myanmar dan Bangladesh, mengharungi perjalanan berbahaya menerusi laut untuk melepaskan diri daripada penganiayaan agama dan etnik dan mendapatkan pekerjaan di Malaysia dan Thailand.

Polis sedang menumpu siasatan mereka pada rangkaian penyeludupan orang yang dikaitkan dengan kem, kata Polis Kolonel Snuchon Chamat, penolong komander Polis Wilayah Nakorn Si Thammarat.

“Ia adalah siasatan berterusan tetapi kami mempunyai sebab-sebab untuk mempercayai seorang tersangka yang ditahan di Nakorn Si Thammarat dan rakannya mempunyai hubungan langsung dengan kem ini,” kata Anuchon.

Tiga mangsa hidup ditemui berhampiran kem, termasuk dua berusia 14 dan 17 tahun. Polis tidak menjangka menemui mayat seterusnya di tapak, kata Triwit.

ARTIKEL YANG SAMA