Mayat ditemui dalam longgokkan kadbod

Mayat ditemui dalam longgokkan kadbod

WELLINGTON, 30 Jun (AFP) – Seorang lelaki New Zealand yang tidak mempunyai tempat tinggal dan yang mayatnya ditemui hancur longgokkan kadbod, berkemungkinan diambil oleh sebuah lori kitar semula ketika dia sedang nyenyak tidur, menurut polis hari ini.

Mayat Daniel Bindner ditemui Selasa lalu di kilang memproses kadbod di Hamilton, kira-kira 30 kilometer dari bandar kelahirannya , Te Awamutu di Pulau Utara.

Pihak polis yang menyiasat penemuan mengerikan itu berkata ayah kepada tiga orang anak yang berusia 40 tahun itu kali terakhir dilihat pada 21 Jun dan dilaporkan hilang Isnin lalu.

Menurut mereka, dia dipercayai tidur nyenyak beberapa hari sebelum kematiannya.

“Pada tahap ini, kami percaya mayat Binder telah di bawah dari kawasan Te Awamutu dalam sebuah lori kitar semula ke Oji Fibre Solutions di Hamilton,” menurut Inspektor Detektif Hywel Jones.

ARTIKEL YANG SAMA