Mayat ditinggalkan dalam lokar selama sebulan

Mayat ditinggalkan dalam lokar selama sebulan

TOKYO, 1 Jun (AFP) – Mayat seorang wanita yang diletakkan dalam sebuah beg pakaian dan ditinggalkan dalam lokar di salah sebuah stesen kereta api paling sibuk dunia, tidak diketahui selama sebulan, kata polis Jepun hari ini.

Beg pakaian itu ditinggalkan dalam sebuah lokar di Tokyo Station lewat April lalu, tetapi dipindahkan ke bilik penyimpanan beg selepas tidak seorang pun tampil mendapatkannya, lapor media.

Apabila sebulan berlalu tanpa dituntut, syarikat pakaian bagasi itu membukanya.

“Terdapat bau busuk apabila kami membuka beg pakaian itu,” jurucakap memberitahu wartawan. “Kemudian kami melihat rambut.”

Mayat yang sudah reput itu adalah seorang wanita yang berusia diantara 70 dan 90 tahun, yang mempunyai ketinggian sekitar 140 sentimeter (4 kaki 7 inci), kata polis.

Dia dimasukkan ke dalam beg pakaian itu, yang berukuran 70 sentimeter kali 50 sentimeter, media setempat melaporkan.

Tidak seorang pun yang bertugas di pejabat berhampiran bilik penyimpanan bagasi itu menyedari bau yang kurang menyenangkan itu, kata tabloid Sponichi.

Polis berkata mereka tidak mempunyai sebarang petunjuk mengenai identiti wanita itu, tetapi sedang menyiasat punca kematian dan memeriksa rakaman CCTV dari seluruh stesen.

ARTIKEL YANG SAMA