Mayat kanak-kanak lelaki ditemui selepas kebakaran

Mayat kanak-kanak lelaki ditemui selepas kebakaran

CHICAGO, 4 Ogos – Pihak berkuasa berkata, anggota bomba menemui mayat seorang kanak-kanak selepas memadam kebakaran sampah kecil di tingkat bawah tanah rumah yang ditinggalkan di Selatan Chicago.

Pejabat Pemeriksaan Perubatan, Cook County semalam telah mengenal pasti mangsa sebagai Manuel Aguilar berusia 4 tahun.

Pegawai sebelum ini berkata kanak-kanak itu adalah di antara 9 bulan dan 2 tahun. Jurucakap Jabatan Bomba Chicago, Larry Langford berkata anggota bomba mencium sejenis cecair di kawasan tersebut lewat Selasa sebelum mencari kebakaran kecil di tingkat bawah tanah rumah dua tingkat di kawasan kejiranan Englewood.

Langford berkata selepas memadam api, anggota bomba menemui mayat kanak-kanak itu dibaluti dengan selimut yang berasap.

Pegawai jurucakap Jabatan Bomba Chicago, Thomas Sweeney berkata detektif sedang menyoal beberapa orang terdekat. Tiada sebarang dakwaan difailkan.

Pejabat pemeriksa perubatan berkata bedah siasat yang dilakukan ke atas kanak-kanak itu semalam adalah tidak meyakinkan. – AFP