Mayat ke-5 runtuhan pangsapuri di Maryland ditemui

Mayat ke-5 runtuhan pangsapuri di Maryland ditemui

SILVER SPRING, Md. 15 Ogos – Mayat kelima telah ditemui selepas kejadian letupan dan kebakaran di sebuah kompleks pangsapuri di Maryland, menurut pihak berkuasa berkata petang semalam ketika anggota-anggota bomba terus melancarkan usaha mencari di runtuhan di tengah kepanasan teruk, bagi mencari beberapa orang lagi yang masih hilang.

Letupan lewat malam Rabu lalu mengakibatkan serpihan ratusan batu dan orang ramai sejauh lebih sebatu melaporkan letupan cukup kuat untuk menggoncang rumah mereka.

Dua mayat telah ditemui Khamis lalu dan satu lagi mayat ditemui Jumaat lalu. mangsa-mangsa telah dibawa ke pejabat ketua pemeriksa perubatan di Baltimore dan belum dikenal pasti. Lapan orang masih belum dapat dikesan, termasuklah dua orang kanak-kanak, menurut Jabatan Polis Wilayah Montgomery.

Menurut polis mereka percaya empat mayat pertama yang ditemui dikalangan lapan orang yang belum dapat dikesan.

Mereka tidak segera mengatakan petang semalam sama ada mayat keempat adalah di kalangan bilangan itu. – AP

Lebih 100 pegawai setempat dan persekutuan berada di tempat kejadian semalam mengharungi suhu cuaca tinggi yang berbahaya untuk mencari mangsa yang hilang dan mengumpul bukti untuk memastikan punca letupan, menurut Pete Piringer, jurucakap bagi Perkhidmatan Penyelamat & Kebakaran Wilayah Montgomery.

Para pegawai menggesa orang ramai supaya bersabar ketika kepanasan dan kebimbangan tentang struktur yang runtuh telah memperlahankan usaha mereka.

“Kami ingin mengusahakan ini lebih cepat. Tetapi kami tidak melakukannya, terlalu berbahaya,” Dave Steckel, pemangku ketua bomba wilayah itu, memberitahu para pemberita semalam. – AP