Mayat lelaki lemas di Sungai Brantian ditemui

Mayat lelaki lemas di Sungai Brantian ditemui

TAWAU, 31 Ogos (Bernama) – Lelaki yang dipercayai lemas ketika berenangmenyeberangi Sungai Brantian di Kampung Brantian, Kalabakan dekat sini semalam, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Mohd Razali Awang Ahmad berkata mayatAbdul Nurkhairi Abdul Malik, 21, dijumpai dalam keadaan terapung kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa ditemui Pasukan Bomba Sukarela Umas pukul 8.45 pagi danoperasi pencarian ditamatkan pada 12.08 tengah hari tadi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi menyelamat turut disertai empat anggota dari BalaiBomba Tawau dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk dibedah siasat.

Mohd Razali berkata dalam kejadian 4.41 petang semalam, mangsa dipercayai lemas semasa berenang menyeberangi sungai berkenaan yang ketika itu berarus deras disebabkan air pasang.