Mayat lelaki ...

Mayat lelaki lemas ditemukan

SANDAKAN, 17 Mei – Mayat seorang lelaki yang lemas di sungai Paliau Kampung Nangoh Beluran semalam ditemukan hari ini dalam operasi mencari oleh anggota bomba dan penyelamat.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan Andre Andrew berkata mangsa dikenali sebagai Rahman Zeb, 20, warganegara Pakistan.

Mayat mangsa ditemukan pada jam 12.40 tengah hari, kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh di sungai itu dalam kawasan Ladang IOI Plantation, katanya di sini.

Beliau berkata Pasukan Penyelam Di Air Bomba Sandakan menemui mayat mangsa di dasar sungai tersebut.

Menurutnya Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan mangsa pada jam 8.51 malam.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – Bernama