Mayat mangsa bot karam Begawan Solo ditemui

Mayat mangsa bot karam Begawan Solo ditemui

JAKARTA, 9 Okt – Pasukan penyelamat telah menemui tujuh mayat mangsa bot karam di bahagian barat Indonesia, kata seorang pegawai agensi bencana hari ini.

Kejadian itu berlaku di Sungai Begawan Solo terletak di sempadan daerah Lamongan dan daerah Tuban wilayah Jawa Timur pada Jumaat, kata Sutopo Purwo Nugroho, jurucakap agensi pengurusan bencana. “Semua mayat mangsa yang hilang telah dibawa,” Sutopo memberitahu kepada Xinhua.

Sebelum ini, 18 penumpang lain dalam bot tersebut telah dipindahkan dengan selamat, katanya. Lebihan muatan penumpang dipersalahkan atas kejadian itu, kata Sutopo.

Pengangkutan bot adalah salah satu pengangkutan yang digemari di negara kepulauan itu, tetapi tahap keselamatan yang kurang sering mengakibatkan kemalangan. – Xinhua

Pasukan penyelamat semasa operasi mencari mangsa yang hilang di Sungai Bengawan Solo dalam Tuban, Jawa Timur, kelmarin. – AFP
Pasukan penyelamat semasa operasi mencari mangsa yang hilang di Sungai Bengawan Solo dalam Tuban, Jawa Timur, kelmarin. – AFP