Mayat mangsa kemalangan kolam air panas di Yellostone ditemui

Mayat mangsa kemalangan kolam air panas di Yellostone ditemui

LOS ANGELES, 18 Nov – Seorang lelaki berusia 23 tahun secara tidak sengaja terjatuh ke dalam kolam air panas di Taman Negara Yellowstone dan meninggal dunia, ditemui larut dalam kolam air berasid yang mendidih, menurut laporan yang diumumkan kepada orang awam semalam.

Mangsa, Colin Nathaniel Scott dari Oregon telah pergi ke taman di Wyoming bersama dengan kakaknya Jun lepas ke ‘kolam air panas’ atau berendam di kolam air panas. Dia kemudiannya tergelincir dan terjatuh dimana kakaknya pada masa itu sedang merakam video kemalangan tersebut menggunakan telefon bimbitnya, menurut laporan kejadian yang diperolehi daripada pegawai taman melalui saluran berita tempatan, KULR.

Laporan itu menyatakan bahawa kejadian itu berlaku pada 7 Jun selepas Scott dan kakaknya, Sable Scott, pergi ke kawasan yang sangat berbahaya yang dekelilingi air mendidih berasid yang telah ditandakan dengan jelas di luar kawasan yang dilarang itu.

“Adapun penutupan di tempat itu adalah untuk memastikan orang ramai menjauhi kawasan itu demi untuk keselamatan mereka sendiri dan juga untuk melindungi sumber-sumber alam disana kerana ianya sangat rapuh,” kata timbalan ketua renjer Yellowstone, Lorant Veress memberitahu KULR.

Gambar fail 11 Mei 2016 menunjukkan para pelawat berada di kolam air panas Grand Prismatic Springin Yellowstone National Park. Seorang lelaki berusia 23 tahun secara tidak sengaja terjatuh di kolam air panas di Taman Negara Yellowstone yang ditemui kelmarin. – AFP
Gambar fail 11 Mei 2016 menunjukkan para pelawat berada di kolam air panas Grand Prismatic Springin Yellowstone National Park. Seorang lelaki berusia 23 tahun secara tidak sengaja terjatuh di kolam air panas di Taman Negara Yellowstone yang ditemui kelmarin. – AFP

Sable memberitahu pihak berkuasa bahawa abangnya cuba turun kebawah bagi memeriksa suhu air panas itu apabila dia kemudiannya tergelincir dan terjatuh. Pasukan penyelamat menemui mayatnya di dalam kolam itu tetapi tidak dapat dicapai oleh kerana ribut petir, menurut laporan itu. Keesokan harinya, menurut laporan itu, pasukan penyelamat tidak menemui sebarang mayat. Salah satu daripada beberapa bahan bukti yang berjaya diambil adalah selipar mangsa.

Yellowstone adalah salah satu taman yang paling kerap dilawati di Amerika Syarikat. Menurut ahli sejarah taman itu, Lee Whittlesey, 22 orang termasuk tujuh kanak-kanak telah meninggal dunia di kolam haba taman itu – di mana suhu boleh mencapai 250 darjah celsius – sejak 1870.

Pada tahun 2000, seorang pekerja taman berusia 20 tahun maut apabila terjun ke dalam kolam air panas itu yang dia sangka sebagai sungai. – AFP