Mayat pasangan suami isteri ditemui

Mayat pasangan suami isteri ditemui

Oleh Izah Azahari

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Nov – Mayat pasangan suami isteri yang dilaporkan hilang kelmarin, telah ditemui pagi tadi.

Mayat si isteri ditemui oleh orang awam di Pantai Serasa kira-kira pukul 5:09 pagi, manakala itu, anggota Polis Marin menemui mayat si suami di Pantai Pulau Muara Besar pada 9:29 pagi.

Kedua-dua mayat, yang telah dibawa ke rumah mayat bagi siasatan lanjut, telah dikenal pasti oleh salah seorang anak angkat mereka.

Pasangan suami isteri berkenaan, masing-masing berusia 51 dan 49 tahun, keluar ke laut pada 15 November lalu pukul 4 petang.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika cuaca pada masa ini dan membawa bersama peralatan keselamatan yang sewajarnya apabila pergi ke laut.

ARTIKEL YANG SAMA