Mayat pekerja ladang hilang ditemui

Mayat pekerja ladang hilang ditemui

KINABATANGAN, 30 Sept – Mayat pekerja ladang yang hilang ketika memukat ikan di Sungai Jeroco di sini semalam ditemukan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supt A. Sahak Rahmat berkata mayat berkenaan ditemukan kira-kira 10.45 pagi tidak jauh dari kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Pekerja berkenaan yang berusia 28 tahun dari Ladang Genting Bahagia dikhuatiri telah dibaham buaya. – Bernama