Mayat pelajar madrasah yang lemas dijumpai

Mayat pelajar madrasah yang lemas dijumpai

KUCHING, 14 Nov – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berkayak berjaya menemukan mayat pelajar lelaki yang dilaporkan hilang di tepi pantai Damai, Santubong kira-kira 35 kilometer dari sini, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata mayat Aslam Husaini, 19, dijumpai pada 8:20 pagi di tepi pantai, 20 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh.

Dalam kejadian 10 pagi semalam, mangsa bersama dua lagi rakannya dilaporkan sedang bermain di kawasan batu di pantai berkenaan apabila ketiga-tiganya dipercayai terjatuh ke dalam laut, kemungkinan dipukul ombak. – Bernama