Mayat pelombong Venezuela yang hilang ditemui

Mayat pelombong Venezuela yang hilang ditemui

CARACAS, 15 Mac (AFP) – Mayat 17 pelombong telah ditemui dalam sebuah kubur besar di Venezuela, dari kalangan 28 yang hilang selepas serangan bersenjata, kata para pegawai kelmarin.

Mayat-mayat itu ditemui dalam lombong tampang di bandar Tumeremo, jauh tenggara Venezuela berhampiran sempadan dengan Brazil.

Anggota keluarga mengatakan para pelombong gagal untuk pulang ke rumah selepas syif mereka pada 4 Mac, dan laporan mengenainya terdedah bahawa mereka telah ditembak mati oleh para penyerang yang cuba untuk mengambil alih lombong emas berskala kecil mereka yang tidak berlesen.

“Kami telah menyelesaikan pencarian bagi orang hilang di Tumeremo dengan penemuan 17 mayat,” tulis Peguam Negara Luisa Ortega dalam Twitter lewat Isnin.

Ortega pada awalnya memberitahu rangkaian Globovision TV bahawa empat mayat telah ditemui, dan suspek telah ditahan. Jumlahnya telah meningkat ketika para penyiasat menggali tapak tersebut.

Ortega bagaimanapun mengatakan para pegawai ‘amat pasti’ bahawa terdapat 21 pelombong, bukan 28.