Mayat pendaki yang maut ditemui

Mayat pendaki yang maut ditemui

KATHMANDU, Nepal, 23 Sept – Mayat seorang pengembara berjalan kaki warga Sepanyol dan dua orang pemandu pelancong warga Nepal ditemui dari tempat kejadian tanah runtuh dan telah diterbangkan ke bandar Nepal hari ini, manakala 15 orang lagi mendapat rawatan di sebuah hospital di Kathmandu, menurut para penyelamat dan pegawai.

Tshering Lama, yang menyelaraskan usaha penyelamatan itu, berkata mayat salah seorang pengembara berjalan kaki warga Nepal telah dihanyutkan oleh air ketika ia ditemui dan usaha sedang dibuat untuk mencarinya.

Pentadbir kerajaan Narayan Prasad Bhatta berkata mayat-mayat itu dibawa menaiki helikopter dan diterbangkan ke bilik mayat Hospital Tribhuwan University Teaching Hospital di Kathmandu.

Mayat-mayat pemandu pelancong Nepal itu dijangka diserahkan kepada keluarganya, tetapi pengaturan bagi pengembara warga Sepanyol tidak jelas. Tidak ada kedutaan Sepanyol di Nepal.

Pendaki warga Nepal yang terselamat dari insiden tanah runtuh menerima rawatan di Hospital Vayodha di Kathmandu, Nepal, 22 Sep 2016. Pendaki Sepanyol dan tiga ‘sherpa’ warga Nepal terbunuh dan lebih daripada sedozen cedera apabila mereka dilanda tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat di pergunungan utara Nepal. – AP
Pendaki warga Nepal yang terselamat dari insiden tanah runtuh menerima rawatan di Hospital Vayodha di Kathmandu, Nepal, 22 Sep 2016. Pendaki Sepanyol dan tiga ‘sherpa’ warga Nepal terbunuh dan lebih daripada sedozen cedera apabila mereka dilanda tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat di pergunungan utara Nepal. – AP

Kumpulan itu sedang dalam pengembaraan berjalan kaki berhampiran Gunung Manaslu apabila kejadian tanah runtuh menghanyutkan mereka dari rintisan semalam berhampiran kampung Kerauja, kira-kira 160 kilometer barat laut Kathmandu, ibu Negara.

Monsun bermusim berkurangan di Nepal, tetapi hujan lebat pada hujung minggu mengakibatkan tanah runtuh di rupa bumi gunung yang berbatu dan kotor.

Seorang pegawai di Hospital Vayodha berkata 13 warga asing dan dua warga Nepal mendapatkan rawatan tetapi tidak akan mendedahkan lagi maklumat. Pegawai itu tidak dibenarkan memberikan butiran dan tidak akan mendedahkan identiti mereka. – AP

ARTIKEL YANG SAMA