Mayat perang dunia ke-2 ditemui

Mayat perang dunia ke-2 ditemui

WELLINGTON, 8 Julai (AFP) – Mayat 36 orang marin Amerika Syarikat (AS) telah ditemui di pulau terpencil Pasifik lebih 70 tahun selepas mereka terkorban dalam pertempuran berdarah Perang Dunia II, menurut seorang anggota pasukan penemuan semula.

Rangka lelaki-lelaki itu ditemui selepas kerja pengorekan selama empat bulan di Pulau Betio di Kiribati, pengarah pertubuhan amal AS History Flight Inc. Mark Noah memberitahu Radio New Zealand.

Noah, yang pertubuhannya itu bekerjasama dengan Jabatan Pertahanan AS dalam projek itu, berkata lelaki-lelaki itu terbunuh ketika Pertempuran Tarawa dalam tahun 1943.

“Mereka berharap jika mereka terkorban ketika bertugas mempertahankan negara mereka, mereka akan dibawa pulang ke tanah air, itulah janji yang dibuat 70 tahun lalu yang kami rasakan perlu dipenuhi,” katanya lewat semalam.

Sementara rangka-rangka itu belum dapat dikenal pasti, Noah berkata mereka akan pasti memasukkan rangka Leftenan Alexander Bonnyman, yang selepas kematiannya telah menerima anugerah darjah kehormatan tertinggi ketenteraan, Pingat Kehormatan, diatas keberanian yang dapat dilihat.

Petikan Bonnyman mengatakan dia telah mengetuai siri-siri serangan apabila pasukan marin menyerang pulau itu, akhirnya gagal apabila dia menyerang pangkalan kalis bom yang menjejaskan kemaraan.

Kenyataan laman sesawang History Flight mengatakan anak-anak perempuan Bonnyman mahu rangkanya dikebumikan di plot keluarga di Knoxville.

Tennessee, berhampiran ibu bapanya, dengan upacara pengebumian terbuka dirancangkan.

Keseluruhannya, lebih 1,000 orang Amerika terbunuh di Tarawa, manakala keseluruhan garison Jepun seramai 4,800 orang telah dihapuskan.

Noah berkata rangka-rangka itu akan dihantar pulang bulan ini dan dikenal pasti dengan menggunakan kombinasi rekod gigi dan perbandingan DNA dengan anggota keluarga yang masih hidup.

ARTIKEL YANG SAMA