Mayat subkontraktor ditemui dalam belukar

Mayat subkontraktor ditemui dalam belukar

KUCHING, 23 Sept – Mayat subkontraktor lelaki berusia 51 tahun yang dilaporkan hilang semalam ditemui di kawasan belukar berhampiran tapak pembinaan Taman Seri Maya, Pasir Pandak dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata mayat Jong Khin Hien ditemui kira-kira pukul 10 pagi oleh orang awam di kawasan itu.

Katanya, seorang kontraktor lelaki berusia 33 tahun yang juga pengadu kes dimaklumkan oleh pekerjanya melalui panggilan telefon mengenai kehilangan mangsa yang gagal kembali ke tempat kereta di kawasan tapak pembinaan berkenaan, pada kira-kira pukul 8 malam.

Menurut Abang Ahmad, pengadu bersama abang serta pekerjanya kemudian berusaha mencari mangsa, namun gagal menemuinya dan seterusnya membuat laporan di Balai Polis Santubong. – Bernama