Mayat terapung ditemui

Mayat terapung ditemui

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Mayat dipercayai warga lelaki Melayu tempatan berumur lingkungan 40an, ditemui terapung di perairan Sungai Gadong hari ini.

Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini mengesahkan bahawa polis menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian itu dan bergegas ke tempat kejadian.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai Kematian Luar Biasa dan punca kematiannya masih lagi disiasat.

Polis juga memohon bantuan daripada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk menghubungi Pegawai Penguasa Balai Polis Kampong Ayer di talian 2242339 atau talian kecemasan 993 untuk membantu siasatan polis.